e shtunë, 18 qershor 2011

dr http://kerja-nabi.blogspot.com/

http://kerja-nabi.blogspot.com/

MAKSUD HIDUP DAN KERJA ORANG ISLAM


Allah yang maha rahim dan maha karim telah memuliakan orang islam sebagai naib nabi, waris quran & khalifah Allah.
Atas kedudukan yang mulia ini, kita bertanggungjawab untuk buat kerja nabi, cara nabi & korban spt nabi sehingga Allah redha atau Allah suka dan Allah tegakkan agama ke seluruh alam hingga akhir kiamat.
Nabi Muhammad s.a.w. telah buat usaha dakwah ini dengan susah payah dan pengorbanan sehingga Allah telah redha atau suka dan Allah telah hidupkan agama ke seluruh alam.
Selagi umat ini tidak bangkit buat kerja nabi, cara nabi & korban seperti nabi selagi itulah keunggulan & kecemerlangan yang dijanjikan oleh Allah tidak akan tercapai, kebatilan tidak akan dihancurkan, agama tidak akan tersebar.
Satu orang sahaja daripada umat ini meninggalkan kerja nabi sudah cukup menjadi asbab kerugian bagi dirinya , kerugian bagi umat, kerugian di dunia dan kerugian selama-lamanya di akhirat.

Perintah Allah yang pertama sekali untuk umat ini ialah buat kerja nabi. Oleh itu hendaklah kita buat kerja nabi dan mengajak umat ini mula-mula sekali buat kerja nabi.
Apabila umat ini buat kerja nabi, maka Allah s.w.t akan kurniakan 5 perkara. klik
Dengan merasai kita sebagai naib nabi, hendaklah kita buat kerja nabi. Kerja nabi ialah mendakwahkan kalimah Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah kepada orang bukan islam dan kepada orang islam diingatkan tentang maksud kalimah ini & diajak kepada taat perintah Allah yang pertama iaitu buat dakwah seperti nabi kepada bukan islam & ingat-mengingat sesama orang islam dan diajak kepada perintah Allah kedua iaitu solat berjemaah seperti nabi.
Sekiranya tidak berpeluang untuk dakwah dan ingat-mengingat secara lisan maka dakwah dan ingat-mengingat dibuat melalui hati yakni dengan mendoakan hidayat agar Allah sampaikan dakwah & pesanan kepada mereka.

Kita hendaklah buat kerja nabi dengan kualiti iman, ilmu, hikmah, ihsan, ihtisab, ikhlas, akhlak dan mujahadah nafsu.
Apabila kita buat kerja nabi berterusan tanpa cuti dgn kualiti sehingga mencapai tahap kualiti yang Allah mahu, maka Allah akan kurniakan makam yang tinggi kpd umat ini iaitu ‘Nisbatun nubuwah’. Nisbatun nubuwah ialah apa yang ada dalam fikiran nabi, Allah letak dalam fikiran kita, apa yg ada dalam hati nabi, Allah letak dalam hati kita. Sehinggakan risau nabi jadi risau kita, dan sayang nabi pd umat begitulah sayang kita pd umat ini. Tandanya malam kita seumpama malam nabi,siang kita seumpama siang nabi.
Mereka yang dikurniakan makan nisbatun nubuwah ini diberi kelebihan di dunia iaitu Allah akan bagi ketenangan dalam amal, bukan dalam harta benda, Allah akan beri kesan pergerakan spt nabi-nabi iaitu menjadi asbab hidayat seluruh alam, Allah letak kekuatan dalam percakapan iaitu dengar cakapnya seperti dengar cakap Allah, lawan cakapnya seperti lawan cakap Allah, menentangnya seperti menentang Allah, Allah akan bagi dia ilmu dan hikmah dimana dia tahu apa yang Allah suka dan Allah bagi taufik untuk dia amalkan mengikut cara yang Allah suka. Dan juga Allah tahu apa yang dia suka dan Allah akan buat keadaan mengikut apa yang dia suka.
Kelebihan di akhirat iaitu Allah bangkitkan dia bersama-sama nabi, dilayan macam nabi-nabi dan muka ada cahaya & nur macam nabi-nabi, Allah akan kurniakan dia syurga yang Allah buat dengan tanganNya sendiri, dan Allah akan kembalikan amal baik dia, dia dapat syurga bukan kerana amal baik tetapi kerana Allah cintakan dia kerana di dunia dia berusaha mengajak manusia kepada Allah, kemudian dia minta pd Allah utk masuk neraka untuk bahagi-bahagikan amal baik kepada ahli neraka dan ahli neraka yang ada iman akan masuk syurga. Neraka merayu kepada Allah supaya keluarkan naib nabi kerana sejuk dan neraka khuatir akan padam.

Oleh itu, kita hendaklah buat kerja nabi bersungguh-sungguh dengan tahap nisbatun nubuwah yang tinggi dan ajak umat ini untuk buat kerja nabi hingga Allah kurniakan tahap ‘nisbatun nubuwah’ yang tinggi dalam diri umat ini.